1. MUHAMMAD HAFIZZIE BIN NORDENI (02DSB20F1022)
2. MOHAMAD AMIR SUFIAN BIN MOHAMAD SAHBUDIN (02DSB20F1002)
3. MUHAMMAD AMRI BIN ASRI (02DSB20F1032)
4. MUHAMMAD ADAM RAFAIEL BIN ABDULLAH (02DSB20F1030)
PENDAHULUAN
DALAM era zaman globalisasi kini yang mendedahkan masyarakat terhadap kemajuan teknologi yang pesat dengan kepantasan internet tanpa had, jelas terbukti bahawa media sosial adalah salah satu medium yang penting dalam komunikasi masyarakat kini terutamanya dalam generasi muda. Hal ini kerana, komunikasi antara manusia menjadi lebih dengan hanya hujung jari seperti melalui aplikasi Whatsapp, Instagram< twitter dan sebagainya. Namun demikian rama yang menyalahgunakan kemudahan kurniaan Allah SWT ini dengan melakukan maksiat melaluinya seperti, buli siber dan penipuan atas talian. Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita bagi menggunakan ikemudahan ini untuk menyampaikan dakwah. Dengan ini, kita dapat mencapai kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan. Berkait dengan itu, pendekatan media sosial mampu membuahkan hasil yang baik dalam berdakwah terhadap masyarakat umumnya.
DEFINISI
Komunikasi antara manusia menjadi lebih mudah pada hari ini dengan adanya media sosial dan aplikasi hujung jari seperti Whatsapp, Instagram, twitter dan sebagainya. Media sosial didefinisikan sebagai sebuah medium yang digunakan terus secara atas talian melalui aplikasi-aplikasi yang tersebut. Media sosial juga mempunyai pengaruh yang sangat besar seperti merangkumi blog, forum dan rangkaian sosial yang lain. Manakala, dakwah pula bermaksud suatu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam. Perkataan dakwah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ajakan dan seruan. Perkataan ini juga membawa erti “Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran” dalam frasa Bahasa Arab. Maka, dapat disimpulkan bahawa media sosial sebagai medium penyampaian dakwah bermaksud menjadikan media sosial sebagai ajakan dan seruan terhadap manusia untuk menyembah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
KELEBIHAN DAKWAH MELALUI MEDIUM SOSIAL
* Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan melalui aplikasi-aplikasi tertentu seperti Facebook, Twitter dan Wechat.
* Dakwah pula merupakan suatu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam.
* Penyebaran dakwah melalui media sosial menjadi keutamaan kerana mampu mensasarkan lebih ramai target melalui pendedahan dakwah yang dilakukan atas tujuan menyeru kepada kebaikan. Sebagai contoh, seorang pendakwah berceramah tentang adab menyambut tetamu melalui aplikasi Facebook.
* Facebook merupakan antara aplikasi kegemaran yang digunakan oleh masyarakat.Hal ini bukan sahaja dapat memberi impak apabila dilihat oleh masyarakat Islam, akan tetapi ia juga berupaya menarik kaum lain untuk sama-sama memahami keindahan Islam sebagai agama yang benar malah mampu mengangkat lebih ramai manusia untuk kembali mentaati Allah SWT apabila menjadikan media sosial ini sebagai wadah untuk menyampaikan dakwah Islam.
* selain itu, apabila menggunakan aplikasi facebook , pendakwah juga boleh bertindak balas dengan membalas komen di ruangan komen. hal ini dapat menjimatkan masa para pengguna untuk mendapatkan maklumat.
* Di samping itu, kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan. Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak membantu meningkatkan kefahaman manusia dalam soal-soal agama. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat dan efektif. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang.
* Dari seni sosialnya pula, pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara. Mereka boleh saling memberi dan menerima pendangan, nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang lain.
* Selain itu, urusan dakwah juga dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multimedia ini. Dunia hari ini heboh tentang 'e-niaga' atau 'e-commerce dan dunia perniagaan, begitu juga dengan konsep dakwah yang juga dikenali dengan e- dakwah. Melalui e-dakwah setiap badan-badan kerajaan mahupun NGO akan menjalankan dakwah melalui laman-laman web yang disediakan meliputi pelbagai aspek termasuklah ruangan-ruangan tazkirah, pandangan dan soal jawab agama.
* oleh itu, jelaslah bahawa melalui media sosial kita dapat berdakwah dengan mudah kerana majoriti masyarakat pada zaman sekarang menggunakan teknologi seperti telefon pintar dan menggunakan akaun media sosial seperti facebook, instagram , dan twitter. hal ini sebagai contoh ramai pendakwah bebas yang menggunakan akaun media sosial seperti instagram kerana mereka telah memilik pengikut yang sangat ramai dan sekali gus boleh berdakwah secara tidak langsung. berdakwah di media sosial adalah releven pada zaman sekarang.
KESAN TIADA DAKWAH DALAM DIRI, MASYARAKAT, NEGARA
Antara kesannya tiada dakwah dalam diri adalah iman menjadi lemah dan diri menjadi malas untuk beribadat kepada Allah. Selain itu juga, hati menjadi keras kerana tidak mahu menerima dan mendengar nasihat daripada orang lain. Tidak mengingati mati juga merupakan salah satu kesan apabila tiadanya dakwah dalam diri. Hal ini kerana, dakwah merupakan suatu perbuatan yang yang mengingatkan manusia kepada Allah dan seterusnya membuat persiapan kepada kehidupan selepas mati yakni akhirat.
Disamping itu, antara kesan tiadanya dakwah dalam masyarakat pula adalah masyarakat akan hidup dalam keadaan penuh maksiat dan kejahilan. Hal itu juga, kerana sudah tiada lagi orang yang mahu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan manusia kepada mati. Secara automatiknya, manusia itu akan mudah lupa kepada hari akhirat kerana memang sudah sifatnya manusia itu mudah lupa. Oleh kerana itu lah tugasan dakwah ini dibuat, hanya untuk mengingatkan manusia kepada Allah dan Hari akhirat.
Akhir sekali, kesan tiadanya dakwah kepada negara. Antaranya adalah, negara menjadi tidak aman dan tenteram. Hal ini terjadi akibat tiadanya lagi orang yang mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Ya, apabila sudah tiada lagi orang yang berdakwah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, pada ketika itu, bala serta azab Allah akan turun kepada ummat ini. Negara menjadi porak peranda dan mundur juga merupakan antara kesan tiadanya dakwah kepada negara. Ini kerana banyak maksiat dan jenayah yang berlaku dalam negara menyebabkan nama negara tercemar dan rosak sekali gus akan dipandang serong oleh negara-negara lain.
PENGAJARAN
Jika kita faham dengan konsep sebenar dakwah itu sendiri, sebenarnya dakwah ini adalah satu didikan dan didikan tersebut bukanlah kepada ilmu agama semata-mata akan tetapi merangkumi kesemua ilmu yang ada. kita dapat menyumbang dari pelbagai aspek sebagai contoh melalui bidang perniagaan, sesetengah penjual menjual barang yang tidak berkualiti pada harga yang mahal secara keterlaluan dan tidak adil sehingga membebankan pembeli. kita mengajak masyarakat supaya jangan menipu ketika berniaga.
PENUTUP
Masyarakat pada hari memerlukan nasihat daripada pelbagai sudut sebagai panduan hidup kerana sering kali terkeluar dari jalan yang benar. Justeru, media sosialmengambil peranan yang meluas dan boleh dikatakan menjadi keutamaan generasi Y kini amat penting dalam penyampaian dakwah sebagai panduan ini. Dakwah adalah perlu berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sampaikan dari ku walaupun satu ayat”. Berdasarkan riwayat Al- Bukhari ini telah menunjukkan bahawa dakwah adalah penting untuk dilakukan yang mana nabi Muhammad SAW menyuruh untuk berdakwah dan menyampaikan dakwah tersebut melalui pelbagai cara walaupun hanya satu ayat yang digunakan untuk menyeru masyarakat melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran dan kekal berada di jalan yang lurus . Sesungguhnya dakwah itu dituntut dalam Islam.
Comments
Post a Comment